Thursday 17 March 2011

PERINGATAN

SEKADAR PERINGATAN UNTUK DIRI DAN RAKAN SE-ISLAM SEKALIAN

Wahai orang yang lalai

Orang yang lalai hidupnya sepi dari makna
Kerana kemaksiatan selalu pada dirinya.
Mereka mengiringi hidupnya dengan main-main
Mereka lupa, dirinya akan dijemput kematian
Aku terkejut ketika melawati istananya.
Di sana kulihat ada makanan dan minuman
Yang dilarang oleh agama.

  1. Amal yang baik adalah amal yang terdiri dari dua syarat:
    1. Amal yang ikhlas kerana Allah SWT
Fikirkanlah sejenak adakah selama ini kita berbuat amal hanya untuk mendapat pujian atau kita beramal bersungguh-sungguh cuma apabila berhajatkan sesuatu....tanyalah iman masing-masing.
  1.  
    1. Amal yang sesuai dengan ajaran Rasulullah SAW
  • Memperbanyak sujud kepada Allah
Hal ini akan menyedarkan kita betapa kita lemah di sisi Tuhan Maha Pencipta Alam.Kini, kita lebih takut kepada bencana alam seperti tsunami, gempa bumi dan letupan loji nuklear berbanding Allah yang telah menetapkan dan membenarkan bencana alam itu berlaku. Ingatlah kita masih boleh bertaubat selagi pintu taubat Ar-Rahim masih terbuka luas. Taubat seorang muslim masih diterima sehingga saat ghargharah iaitu roh sudah sampai di kerongkongan ketika itu roh ditahan sejenak dan sebelum kiamat mengunjungi dunia yang merupakan pentas lakonan semata-mata.

Bersesuaian dengan hadis:
 ”Sesungguhnya Allah sentiasa menerima taubat seseorang hamba belum sampai saat ghargharah.”

Dalam sebuah hadis diriwayatkan Muslim disebutkan bahawa Rabi’ah Al-Aslami berkata kepada Rasulullah : ”Aku ingin mendampingimu di syurga”. Lalu Rasulullah bersabda: ”Kalau begitu bantulah aku memenuhi keinginanmu dengan cara memperbanyak sujud”.

Dalam sebuah hadis yang diriwayatkan Muslim disebutkan bahawa Rasulullah SAW bersabda kepada Tsauban :
”Engkau harus memperbanyak sujud kepada Allah sebab setiap kali engkau sujud kepada-Nya maka Allah mengangkat darjatmu satu darjat di sisi-Nya”.
  • Memperbanyak zikir
Allah SWT berfirman dalam surah Ar-Ra’du : 28 yang bermaksud :
”(Iaitu) orang-orang yang beriman dan tenang tenteram hati mereka dengan zikrullah. Ketahuilah dengan zikrullah itu tenang tenteramlah hati manusia”.
-         Sekiranya kita tidak yakin atau kurang pasti dengan Firman Allah tanya kembali pada diri, siapakah yang lebih mengetahui sesuatu mesin atau robot melainkan saintis yang menciptakannya....begitu juga Allah Yang Maha Mengetahui akan makhluk ciptaan utamanya iaitu manusia. Sesungguhnya bagi manusia sahaja diciptakan syurga dan neraka, tidak kepada makhluk lain dan kepada manusia sahaja dianugerahkan mahkota agung iaitu akal fikiran. Adakah kita masih tidak bersyukur sedangkan kita hanya perlu memenuhi satu perintah Allah iaitu beriman kepada-Nya.

  • Pendek angan-angan dalam kehidupan dunia
Ibnu Umar pernah berkata:”Apabila engkau berada pada waktu pagi jangan tunggu sampai petang, apabila engkau berada pada waktu petang maka jangan tunggu sampai pagi , pergunakanlah masa hidupmu sebelum datang masa matimu”.( Islam tidak menganjurkan sikap menangguh kerja dengan cuma berangan-angan) Jangan asyik berangan-angan sehingga tidak membuat persiapan menghadapi kematian.

Jadilah seperti Ar Rabi’ bin Khaitsam yang selalu menanti mati seiring dengan nafasnya. (Adakah amalan kita cukup untuk masuk ke syurga sekiranya ditakdirkan esok kiamat? Apa yang pasti selepas kematian kita pasti menuju dua tempat yang dicipta Allah iaitu syurga atau neraka.)

Diri kita umpama sangkar yang mengurungi seekor burung. Sangkar itu ialah nafsu kita, manakala burung itu adalah roh Islam atau iman yang senantiasa menanti waktu dibebaskan. Sekiranya nafsu serakah menguasai diri, kita akan sengsara sepertimana sengsaranya si burung yang tidak dapat terbang dengan bebas. Namun apabila nur Islam dalam diri kita dibebaskan , kita akan bahagia seperti mana bahagianya burung yang bebas berterbangan di udara. Berfikirlah dengan mata hati yang dipenuhi cahaya Islam bukan berfikir menggunakan akal semata-mata.

Jadilah seperti Sufyan ats-Tsauri yang apabila mencapai umur 60 tahun dia telah membeli kain kafan. Lalu dia berkata ”Hak seorang Muslim yang sudah mencecah usia 60 tahun adalah membeli kain kafan untuk dirinya”.(ini tidak membawa erti remaja bebas melakukan maksiat yang kian berleluasa seperti hubungan sejenis dan pembuangan bayi.

No comments:

Post a Comment