Thursday 1 September 2011


WHO IS MUSLIM?


A Muslim - holds strongly to Islamic principles, but yet is adaptable to change when applying them in response to contemporary issues and challenges.


A Muslim - is morally and spiritually strengthened to face the challenges of modern society, especially the changing economy.


A Muslim - knows about Islamic history and civilization, and is intellectually equipped to understand Islam and contemporary issues of the Islamic world.


A Muslim - believes that a good Muslim is also a good citizen.


A Muslim - is well adjusted to living in a secular state and multi-religious society, and contributes to global humanity, including taking leadership roles.


A Muslim - is progressive, keeps up with the demands of modern society and practices Islam beyond rituals or form.


A Muslim - appreciates the richness of other civilizations, and is self-confident enough to interact with others and is prepared to learn from them.




BE PROUD BECAUSE U'RE BORN AS MUSLIM AND INCULCATE ALL PRECIOUS VALUE THAT WILL MAKE US SHINE FROM OTHER'S RELIGION 


Saturday 19 March 2011

Tanda Kiamat

Tanda-tanda kecil
Didapati kini bahawa seluruh tanda-tanda kecil telah muncul dan terbukti seperti yang dinyatakan dalam hadis. Kebanyakan hadis-hadis ini dapat ditemukan di dalam Sahih Muslim, Sahih Bukhari dan Riwayat Tarmizi.
  • Penaklukan Baitulmuqaddis
(TAKLUKAN KE ATAS PALESTIN OLEH ZIONIS)
  • Zina bermaharajalela
  • Pemimpin yang terdiri dari orang yang jahil dan fasik
  • Bermaharajalela alat muzik
  • Menghias masjid dan membanggakannya
  • Munculnya kekejian, memutuskan kerabat dan hubungan dengan tetangga tidak baik
  • Ramai orang menuntut ilmu kerana pangkat dan kedudukan
  • Ramai orang soleh meninggal dunia
  • Orang hina mendapat kedudukan terhormat
  • Mengucapkan salam kepada orang yang dikenalnya sahaja
  • Banyak wanita yang berpakaian tetapi hakikatnya telanjang (tidak menutup aurat)
  • Bulan sabit kelihatan besar
  • Banyak dusta dan tidak tepat dalam menyampaikan berita
  • Banyak saksi palsu dan menyimpan kesaksian yang benar
  • Negara Arab menjadi padang rumput dan sungai
  • Banyaknya sifat bohong dan ia menjadi perkata biasa
  • Jarak-jarak antara pasar menjadi dekat (menunjukkan banyaknya kegiatan perdagangan)
  • Manusia mewarnai rambut di kepalanya dengan warna hitam supaya kelihatan muda
  • Kekayaan umum dikuasai segelintir orang tanpa kebenaran dan tanpa rasa takut, termasuk rasuah dan mengambil harta secara tersembunyi.
  • Akan terdapat banya pengkritik, pembawa-cerita, penikam-belakang dan pengejek dalam masyarakat.
  • Orang akan mendirikan hubungan dengan orang tak dikenali dan memutuskan hubungan dengan yang rapat dan disayangi.
  • Orang akan melakukan homoseksual.
  • Akan terdapat ramai anak luar nikah.
  • Berkurangnya sifat amanah
  • Terasa berat untuk menjalankan syariah (zakat dijadikan hutang)
  • Lelaki mentaati isterinya tetapi menderhakai ibunya
  • Lelaki berkasar dengan bapanya tetapi beramah dengan rakannya
  • Suara manusia meninggi (menjerit dan berteriak) di masjid-masjid
  • Pemimpin suatu kaum adalah keji dan pemimpin suatu suku adalah fasik
  • Lelaki dihormati bukan kerana budi dan kebaikan tetapi kerana takut akan kejahatannya
  • Anggota polis semakin ramai yang menunjukkan semakin banyak kerosakan
  • Mendahulukan lelaki menjadi imam bukan kerana ilmu tetapi kerana suara...
  • Penjualan jawatan atau kepemimpinan (politik wang)
  • Memandang rendah kepada darah
  • Seorang isteri bekerja dalam satu syarikat dengan suaminya. (Malah isteri berpangkat lebih besar)
  • Munculnya gaya hidup mewah dan manja di kalangan umat Islam
  • Orang fasik dimuliakan sedangkan orang mulia dan terhormat direndahkan
  • Banyak orang berharap untuk mati kerana banyaknya kekacauan ataupun kesengsaraan
  • Banyaknya berlaku gempa bumi
  • Banyaknya berlaku huru-hara yang menyebarkan kejahatan
  • Banyaknya berlaku pergaduhan dan pembunuhan
  • Munculnya mati mendadak atau mati secara tiba-tiba
  • Masjid dijadikan jalan iaitu seseorang muslim melalui masjid tanpa melakukan solat

Tanda-tanda besar
PADANG ARAFAH KINI......
  • Hijaunya bumi arafah.
  • Lahirnya ramai anak anak zina dari perkahwinan tidak sah atau perceraian tidak diluluskan mahkamah.
FAKTA:
STATISTIK ANAK DILAHIRKAN TANPA BAPA
Jika dipecahkan mengikut negeri pula untuk 4 tahun ini :
Selangor = 12,836 orang
Perak = 9,788 orang
Kuala Lumpur = 9,439 orang
Johor = 8,920 orang
Sabah = 8,435 orang
Negeri Sembilan = 4,108 orang
Pahang = 3,677 orang
Kedah = 3,496 orang
Pulau Pinang = 3,412 orang
Melaka = 2,707 orang
Kelantan = 1730 orang
Perlis = 691 orang
Sarawak = 617 orang
Terengganu = 574 orang
JUMLAH = 70,430 orang.

SUMBER : s2u.my FB
  • Keluar sejenis binatang dari perut bumi yang digelar Dabbatul Ardhi.
  • Keluar asap tebal dibumi hijaz.
  • Munculnya nabi palsu yang ke 40.
  • Diangkat al-Quran dan Ilmu addin dari manusia.
  • Berlaku perang besar dikawasan kaukasus
  • Runtuhnya Ka'abah diserang oleh orang habshah
  • 3 kali gempa bumi
  • Keluarnya suku Yakjuj dan Makjuj.
  • Bermulalah kekuasaan Dajjal.
  • Munculnya Imam Mahdi.
  • Turunnya Nabi Isa a.s.dan azannya mematikan yakjuj makjuj.
  • Matahari terbit dari ufuk barat.
  • Terdengar tiupan sangkakala pertama

Masjid dijadikan sebagai jalan-jalan dan timbulnya mati mendadak" - Hasan At-Tayalisy.
Tanyalah akal fikiran masing-masing berapa tanda kiamat yang telah berlaku........



Friday 18 March 2011

Kezaliman Zionis

Adakah bayi ini membahayakan Zionis sehingga bayi ini menerima nasib sebegini?
atau budak ini merupakan satu ancaman kepada mereka?
Inilah "Ketenangan" yang dijanjikan oleh Zionis.

Atau ibu yang sedang melindungi anaknya merupakan suatu ancaman?



Di manakah kita umat Rasulullah SAW ketika saudara se-Islam sedang berjihad mempertahankan tanah yang bersejarah dalam Islam? Tempat pembinaan Masjidil al-Aqso dan tempat nabi dimikrajkan.Di manakah kita apabila Palestine dihujani peluru?
Adakah kita sibuk mengejar dunia tanpa memikirkan nasib mereka ini?
Adakah kita sibuk berfesyen atau sibuk berkasih antara bukan muhrim?
Tanyalah diri masing-masing....
Sesungguhnya merupakan tanggungjawab seorang Muslim melindungi Seorang Muslim yang lain kerana kita merupakan saudara.
Sekiranya kita terdaya menyumbang wang atau benda kita harus terus merus menentang sikap Zionis yang zalim (Laknatullah)
Doakanlah agar orang Palestin sentiasa teguh berdiri menentang Zionis.....


Jihad merupakan tulang belakang Islam. Kedudukan orang-orang yang berjihad amatlah tinggi di syurga, begitu juga di dunia. Mereka mulia di dunia dan di akhirat. Rasulullah adalah orang yang paling tinggi darjatnya dalam jihad. Beliau telah berjihad dalam segala bentuk dan macamnya. Beliau berjihad di jalan Allah dengan sebenar-benarnya jihad, baik dengan hati, dakwah, keterangan (ilmu), pedang dan senjata. Semua waktu beliau hanya untuk berjihad dengan hati, lisan dan tangan beliau. Oleh sebab itulah, beliau amat harum namanya (di sisi manusia) dan paling mulia di sisi Allah.
Allah memerintahkan beliau untuk berjihad sejak beliau diutus sebagai Nabi, Allah berfirman:

“Dan andaikata Kami menghendaki, benar-benarlah Kami utus pada tiap-tiap negeri seorang yang memberi peringatan (rasul). Maka janganlah kamu mengikuti orang-orang kafir, dan berjihadlah terhadap mereka dengan Al Qur’an dengan jihad yang besar.” [Al-Furqon : 51-52]

Surat ini termasuk surat Makiyah yang didalamnya terdapat perintah untuk berjihad melawan orang-orang kafir dengan hujjah dan keterangan serta menyampaikan Al-Qur’an. Demikian juga, jihad melawan orang-orang munafik dengan menyampaikan hujjah karena mereka sudah ada dibawah kekuasaan kaum muslimin, Allah ta’ala berfirman :

Ertinya : Hai Nabi, berjihadlah (melawan) orang-orang kafir dan orang-orang munafik itu, dan bersikap keraslah terhadap mereka. Tempat mereka ialah neraka Jahannam. Dan itulah tempat kembali yang seburuk-buruknya.” [At-Taubah : 73]

Jihad melawan orang-orang munafik (dengan hujjah) lebih sulit daripada jihad melawan orang-orang kafir (dengan pedang), karena (jihad dengan hujjah) hanya bisa dilakukan orang-orang khusus saja yaitu para pewaris nabi (ulama). Yang bisa melaksanakannya dan yang membantu mereka adalah sekelompok kecil dari manusia. Meskipun demikian, mereka adalah orang-orang termulia di sisi Allah.[2]

Termasuk semulia-mulianya jihad adalah mengatakan kebenaran meskipun banyak orang yang menentang dengan keras seperti menyampaikan kebenaran kepada orang yang dikhuwatirkan gangguannya. Oleh sebab inilah, para Rasul SAW - termasuk yang paling sempurna
Jihad melawan musuh-musuh Allah di luar (kaum muslimin) termasuk cabang dari jihadnya seorang hamba terhadap dirinya sendiri (hawa nafsu) di dalam ketaatan kepada Allah, sebagaimana yang disabdakan Nabi :

“Ertinya : Mujahid adalah orang yang berjihad melawan dirinya dalam mentaati Allah dan Muhajir adalah orang yang berhijrah dari apa yang dilarang Allah” [Hadits Riwayat Ahmad dan sanadnya jayyid/baik]

Oleh sebab itu, jihad terhadap diri sendiri lebih didahulukan daripada jihad
 melawan orang-orang kafir . Seorang hamba jika tidak berjihad terhadap dirinya sendiri dalam mentaati perintah Allah dan meninggalkan apa yang dilarang dengan ikhlas kerana-Nya, adakah boleh dia berjihad melawan orang-orang kafir[3]. Bagaimana dia boleh melawan orang-orang kafir sedangkan musuh (hawa nafsu) nya yang berada di samping kiri dan kanannya masih menguasainya dan dia belum berjihad melawannya karena Allah. Tidak akan mungkin dia keluar berjihad melawan musuh (orang-orang kafir) sehingga dia mampu berjihad melawan hawa nafsunya untuk keluar berjihad.[4]

Kedua musuh itu adalah sasaran jihad seorang hamba. Tapi masih ada yang ketiga, yang dia tidak mungkin berjihad melawan keduanya kecuali setelah mengalahkan yang ketiga ini. Dia (musuh yang ketiga ini) selalu menghalang, menipu dan menggoda hamba agar tidak berjihad melawan hawa nafsunya. Dia sentiasa mengambarkan kepada seorang hamba bahwa berjihad melawan hawa nafsu amatlah berat dan harus meninggalkan kelezatan dan kenikmatan (dunia). Tidak mungkin dia berjihad melawan kedua musuhnya tadi kecuali terlebih dahulu berjihad melawannya. Musuh yang ketiga itu adalah syaitan, Allah ta’ala berfirman :

“Ertinya : Sesungguhnya syaitan itu adalah musuh bagimu, maka anggaplah ia musuh (mu)” [Faathir : 6]

Perintah untuk menjadikan syaitan sebagai musuh merupakan peringatan agar (seorang hamba) mengerahkan segala kekuatan dalam memeranginya, kerana musuh tersebut tidak pernah lelah dan lemah untuk menyesatkan manusia sepanjang masa.
(Kemudian beliau berkata) Jika hal diatas sudah dierti maka jihad terbagi menjadi empat tahapan [5]:

[1]. Jihad melawan diri sendiri (hawa nafsu), dan hal ini terbahagi lagi menjadi empat tingkatan
  • a. Berjihad dalam menuntut ilmu agama yang tidak akan ada kebahagiaan di dunia dan di akhirat kecuali dengannya. Barangsiapa yang ketinggalan ilmu agama maka dia akan sengsara di dunia dan di akhirat.
  • b. Berjihad dalam mengamalkan ilmu yang dia pelajari, kerana ilmu tanpa amal , tidak berguna.
  • c. Berjihad dalam dakwah (menyeru manusia) kepada ilmu tersebut dan mengajarkannya kepada yang tidak tahu. Jika tidak, maka dia termasuk orang yang menyembunyikan ilmu yang telah diturunkan Allah dan tidak akan bermanfaat ilmunya serta dia tidak akan selamat dari azab Allah.
  • d. Berjihad dalam bersabar menghadapi rintangan di jalan dakwah serta gangguan manusia kerana Allah.
Jika seorang hamba telah menyempurnakan keempat tingkatan ini, maka dia tergolong Robbaaniyyiin. Barangsiapa yang mengetahui (kebenaran) lalu dia mengamalkan dan mengajarkannya, maka dia akan tersanjung dalam kalangan para penghuni langit.
[2]. Jihad melawan syaitan, dan hal ini terbagi menjadi 2 bahagian :
  • a. Berjihad dalam menolak syubhat (keraguan) dan keraguan dalam keimanan
  • b. Berjihad dalam menolak bisikan syahwat Jihad yang pertama akan melahirkan keyakinan dan jihad yang kedua akan menghasilkan kesabaran Allah ta’ala berfirman :
“Ertinya : Dan Kami jadikan di antara mereka itu pemimpin-pemimpin yang memberi petunjuk dengan perintah Kami ketika mereka sabar. Dan adalah mereka meyakini ayat-ayat Kami.” [As-Sajdah : 24]

    Allah ta’ala berfirman bahawa kepemimpinan dalam agama dapat diperoleh hanya dengan kesabaran dan keyakinan. Kesabaran dapat menolak nafsu syahwat sedangkan keyakinan bisa menolak keraguan.
[3]. Jihad melawan orang-orang kafir dan munafik. Hal ini meliputi empat hal : jihad dengan hati, lisan, harta dan jiwa raga. Berjihad melawan orang-orang kafir lebih dikhususkan dengan tangan dan berjihad melawan orang-orang munafik lebih dikhususkan dengan lisan.

[4]. Jihad melawan orang-orang zalim, ahli bid’ah, dan pembuat kemungkaran. Hal ini memiliki tiga tahap. Dengan tangan bila mampu, jika tidak mampu, dengan lisan dan jika tidak mampu juga maka dengan hati.
Inilah tiga belas tahap dalam jihad dan (Barangsiapa yang mati dan tidak berjihad serta tidak pernah membisikkan dalam dirinya untuk berjihad maka dia mati dalam cabang kemunafikan) [6]
Dan tidak akan sempurna jihad melainkan dengan hijrah dan tidak ada hijrah serta jihad tanpa keimanan [7]. Orang-orang yang mengharapkan rahmat Allah adalah orang-orang yang menjalankan ketiga hal tersebut, Allah ta’ala berfirman

“Ertinya : Sesungguhnya orang-orang yang beriman, orang-orang yang berhijrah dan berjihad di jalan Allah, mereka itu mengharapkan rahmat Allah, dan Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.” [Al-Baqoroh : 218]

Sebagaimana keimanan adalah kewajiban bagi setiap orang, maka diwajibkan pula kepada mereka dua hijrah di setiap saat :
[1]. Berhijrah kepada Allah dengan mentauhidkan-Nya, ikhlas, bertaubat, tawakkal, mengharap, dan cinta kepada-Nya.
[2]. Berhijrah kepada Rasul-Nya dengan mengikuti sunnah beliau, tunduk kepada perintah beliau, membenarkan kabar yang beliau sampaikan serta mendahulukan perintah beliau daripada perintah yang lainnya. Nabi bersabda yang ertinya :

“Ertinya : Barangsiapa yang berhijrah kepada Allah dan Rasul-Nya maka hijrahnya kepada Allah dan rasul-Nya. Dan barangsiapa yang berhijrah kepada dunia atau perempuan yang hendak dinikahinya maka hijrahnya kepada apa yang dia niatkan”.[8]

Perintah untuk jihad melawan hawa nafsu dalam mentaati Allah dan jihad melawan syaitan adalah fardhu ain. Adapun jihad melawan orang-orang kafir dan munafik adalah fardhu kifayah.


Tentanglah kezaliman Zionis secara berterus-terusan........ALLAHUAKHBAR 

Al-Zahrawi - Pakar pelbagai bidang perubatan

Al-Zahrawi - Pakar pelbagai bidang perubatan

AL-QASIM AL-ZAHRAWI

ABU AL-Qasim Al-Zahrawi yang hidup antara tahun 936 hingga 1013 Masehi adalah seorang lagi saintis Islam terhebat yang banyak meletakkan asas dalam bidang perubatan.
Sungguh menakjubkan, kepakaran Al-Zahrawi bukan sekadar terhad dalam satu bidang sahaja iaitu surgeri yang menjadi keistimewaannya, tetapi juga dalam beberapa bidang lain.
Antaranya ialah pergigian, penciptaan alat-alat pembedahan tertentu, pakar telinga, tekak dan kerongkong (ENT) dan juga mencipta ubatan-ubatan .
Sebagai seorang pakar bedah yang terkenal ketika zamannya, beliau telah dilantik menjadi doktor peribadi kepada raja Sepanyol ketika itu iaitu King Al-Hakam II.
Beliau yang dilahirkan pada tahun 936 dikenali kerana penemuan hebatnya dalam bidang perubatan terutamanya dalam bidang surgeri.
Seperkara lagi yang menyebabkan beliau terkenal ialah kerana ensiklopedia perubatan beliau yang di kenali Al-Tasrif.
Ensiklopedia ini mengandungi 30 volum pelbagai aspek sains perubatan.
Bagaimanapun daripada ensiklopedia ini, aspek yang paling penting sekali yang terkandung di dalamnya ialah siri tiga buah buku mengenai surgeri.
Buku mengenai surgeri ini menerangkan secara terperinci mengenai pelbagai aspek rawatan melibatkan rawatan pembedahan berdasarkan pembedahan-pembedahan sebenar yang pernah dilakukannya sendiri.
Antaranya termasuklah pengkauteran/lecuhan (cauterization), mengeluarkan batu karang daripada buah pinggang, perbidanan, pembedahan ke atas binatang dan juga pembedahan mata, telinga dan kerongkong.
Secara tepat, beliau juga telah berjaya melakukan pembedahan-pembedahan rumit termasuklah mengeluarkan fetus yang tidak bernyawa daripada kandungan dan juga amputasi (mengudungkan).
Ensiklopedia Al-Tasrif ini diterjemahkan pertama kalinya ke bahasa Latin oleh Gherard dan kemudiannya diikuti oleh beberapa orang editor lain di Eropah.
Buku ini mempunyai beberapa diagram dan ilustrasi alat-alat pembedahan yang digunakan pada zaman itu dan juga yang dibangunkan oleh beliau sendiri.
Lebih membanggakan lagi, ilmu yang dicurahkan oleh beliau telah menjadi sebahagian daripada kurikulum perubatan di negara-negara Eropah sejak berkurun-kurun lamanya.
Penemuan dan juga hasil kerja Al-Zahrawi melalui ensiklopedianya Al-Tasrif ini menunjukkan bahawa kepercayaan dunia Islam ketandusan pakar dalam bidang surgeri salah sama sekali.
Malah Al-Zahrawi juga sebenarnya adalah orang yang bertanggungjawab merekacipta alat-alat pembedahan.
Tiga alat yang terkenal ciptaannya ialah:

  • alat pemeriksaan luar telinga
  • alat pemeriksaan luar theurethra
  • alat yang digunakan untuk mengeluarkan bendasing daripada kerongkong.

Al-Zahrawi juga sebenarnya pakar mengubati penyakit menggunakan kaedah lecuhan. Teknik ini digunakan di lebih 50 pembedahan yang dilakukannya.
Tidak sekadar aspek pembedahan, dalam bukunya Al-Tasrif, Al-Zahrawi juga membincangkan mengenai penyediaan pelbagai jenis perubatan selain penerangan komprehensif mengenai rawatan pembedahan yang mengkhusus dalam bidang-bidang ENT, Oftalmologi dan sebahagiannya.
Beliau juga menerangkan secara terperinci aplikasi beberapa teknik seperti pejalwapan dan juga penyiringan (decantation).
Selain itu, Al-Zahrawi juga sebenarnya pakar dalam bidang pergigian dan dalam bukunya terkandung lakaran pelbagai alat yang digunakan dalam bidang pergigian.
Beliau juga menerangkan pelbagai bentuk pembedahan penting dalam bidang pergigian.
Malah beliau juga membangunkan teknik untuk menyediakan gigi palsu.
Dalam bidang perubatan beliau adalah orang pertama yang menerangkan secara terperinci mengenai penyakit pelik - hemofilia.
Melihat sumbangan-sumbangan Al-Zahrawi, tidak dapat disangkal lagi, pengaruh beliau dalam bidang perubatan dan juga pembedahan telah meletakkan asas utama dalam bidang sains perubatan terutamanya bidang surgeri serta mempengaruhi bidang perubatan secara keseluruhan.
Malah menurut penulis Sejarah Perubatan Arab - Dr. Cambell, asas-asas yang diletakkan oleh Al-Zahrawi dalam bidang perubatan ini sebenarnya melebih apa yang disumbangkan oleh saintis perubatan terkenal Galen dalam kurikulum perubatan Eropah.

Batu Terapung

Bismillah
Setiap kali menjelang kalendar Rejab sempena kedatangan tarikh peristiwa Isra’ Mikraj, pasti gambar-gambar ini disebarkan ke serata dunia maya dan hasilnya, ramailah yang mempercayainya..
Berikut adalah gambar-gambar palsu yang  kononnya ia adalah Batu Terapung atau Batu Tergantung  seperti yang tercatat dalam peristiwa Israk Mikraj, tersebar meluas di dalam internet. Dan juga.. Ia diguna pakai dalam khutbah multimedia di masjid-masjid di KL..!

Gambar PALSU 1
Batu Terapung PALSU 1
Gambar PALSU kononnya Batu Terapung / Tergantung di Palestine ini terus disebarkan dan amat kurang bagi mereka yang bertanya akan kesahihannya. (He-eh..? Kan terapung tu ustaz..? )

Gambar PALSU 2
Batu Terapung PALSU 2Gambar batu yang serupa dari sudut yang lain. Dah Nampak..?
Gambar PALSU 3
Batu Terapung PALSU 3Juga satu lagi sudut gambar palsu ini. Dah jelas..? Belum..?
Gambar PALSU 4
Batu Terapung PALSU 4Sekali lagi sudut yang lain gambar palsu ini. Haa.. Jelas..?
Gambar PALSU 5
Batu Terapung PALSU 5Tadaa.. ‘Breaking The Magician Code: The Magic Secret Reavealed’. Teknik murahan rupanya.. Guna Photoshop..
Jadi.. Mana yang  ASLInya..?
___________________________ …
Berikut yang penulis sertakan adalah gambar ASLI dan SAHIH Batu Terapung yang disebut dalam peristiwa Isra’ Mikraj..
Batu Terapung Dalam Peristiwa Isra' Mikraj
Batu Terapung Dalam Peristiwa Isra' Mikraj
Berikut adalah soal-jawab dari seorang hamba Allah dengan Dato’ Dr. Haron Din mengenai Batu Terapung / Tergantung seperti yang dinyatakan dalam sejarah Isra’ Mikraj baru-baru ini.
SOALAN:
Dato’, saya telah melihat gambar dalam internet dan mendengar beberapa ceramah Israk Mikraj, ada penceramah menunjukkan gambar batu besar yang tergantung-gantung di Masjidil Aqsa, Baitulmaqdis. Adakah benar batu itu tergantung-gantung (tidak berpihak di bumi) dan terlepas daripada tarikan graviti. Pohon Dato’ perjelaskan apakah yang sebenarnya. – ZAINAL AHMAD
JAWAPAN Dato’ Dr Haron Din:
Tempat Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam Dimikrajkan
Ulama umumnya berpendapat Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam bermikraj dari satu tempat di Baitulmaqdis yang disebut sebagai Qubbatul Mikraj (kubah tempat dimikrajkan). Tempat itu juga dikenali sebagai Sakhrah Baitulmaqdis.
Pengalaman Al-Imam Abu Bakar Ibnul ‘Arabi
Dalam kitab al-Israk wal-Mikraj oleh Khalid Saiyyid Ali di halaman 82, atas tajuk yang bermaksud ‘Tempat Nabi bermikraj’, disebut di bawahnya suatu penulisan (yang bermaksud): “Berkatalah al-Imam Abu Bakar Ibnul ‘Arabi, ketika membuat penjelasan (syarah) Kitab al-Muwattak oleh Imam Malik disebutkan, batu besar di Baitulmaqdis adalah suatu keajaiban Allah SWT.
“Batu itu berdiri sendiri di tengah-tengah Masjidil Aqsa, tergantung-gantung dan terpisah daripada semua bahagiannya dengan bumi. Tidak ada yang memegangnya, melainkan Yang Memegang langit, daripada jatuh menimpa bumi.”
“Di puncaknya dari arah selatan, itulah tempat kaki Nabi Sallallahu ‘Alaihi Wasallam berpijak untuk menaiki Buraq, di sebelah itu agak condong. Dikatakan kerana kegerunannya atas kehebatan baginda Sallallahu ‘Alaihi Wasallam maka batu itu tergantung, saya sendiri takut untuk berada di bawahnya, kerana takut batu itu menghempap saya kerana dosa-dosa saya.”
“Setelah beberapa ketika kemudian, saya pun memberanikan diri dan masuk berteduh di bawahnya, maka saya dapat melihat pelbagai keajaiban. Saya dapat menyaksikan ia dari semua arah. Saya benar-benar melihatnya terpisah dari bumi. Ada arah yang lebih jauh terpisah dari bumi daripada arah yang lain.”
Inilah penulisan yang saya rujuk daripada penulisan seorang ulama besar yang dikenali dengan nama Ibnul ‘Arabi. Daripada sinilah timbul cerita demi cerita yang menyatakan batu tempat Nabi Muhammad Sallallahu ‘Alaihi Wasallam tergantung-gantung. Itu adalah cerita dahulu. Ada sandarannya, ada catatannya dalam kitab-kitab yang berautoriti, termasuk daripada kitab yang saya sebutkan tadi.

Batu Terapung Pada Hari Ini Dari Pengalaman Dato’ Dr Haron Din
Ada pun mutakhir ini, saya sendiri berpengalaman, telah masuk dan melihat batu tersebut, yang sekarang tempat itu dikenali sebagai Qubbatul Sakhrah (kubah yang di bawahnya ada batu). Sekarang ini sudah berada di belakang daripada Masjid al Aqsa.
Jika dilihat Masjid al-Aqsa, imam akan dilihat berada nun jauh daripada arah kiblat dan berakhir kawasan masjid dengan Qubbatul Sakhrah ini.

Para Jemaah Mengambil Kesempatan Solat Di Bawah Batu Terapung
Satu lagi gambar asli dan sahih Batu Terapung. Para Jemaah Mengambil Kesempatan Solat Di Bawah Batu Terapung
Meneliti Batu Terapung
Saya telah memasuki tempat ini, berpeluang melihat batu itu dan masuk ke bawahnya. Memang batu itu benar-benar wujud dan terletak di tengah-tengah bangunan. Gambaran sekarang ini, batu itu jika dilihat daripada bawah, seolah-olah seperti sebuah payung besar, seperti gua yang kita berada di bawahnya. Saya menganggarkan keluasan tempat itu, sebesar ruang solat untuk 20 atau 25 orang, jika untuk masuk bersesak-sesak boleh sampai 150 orang.
Keadaan Berubah
Merenung batu itu dengan cermat, saya dapati ia sekarang terletak di atas fondisi konkrit batu yang kukuh. Di segenap arahnya berpijak ke atas fondisi itu dan tidak nampak pun ia tergantung seperti yang dijelaskan di atas. Semasa lawatan itu, saya kebetulan bertemu dengan Imam Besar Masjid al-Aqsa yang berada di situ, di samping pemandu pelancong kami. Mereka menyatakan memang dahulu batu besar yang macam payung itu tergantung-gantung.
Kegerunan Hati Manusia
Oleh kerana banyak pembesar-pembesar negara dan banyak pelawat-pelawat luar datang, mereka terperanjat dan amat gerun dengan keadaan batu itu, banyak yang tidak berani masuk di bawah batu itu, kerana takut tiba-tiba batu itu menghempap. Memandangan hal keselamatan penting dan mengelak daripada berlakunya berbagai tanggapan orang ramai ke atas keadaan yang unik itu, maka pihak berkuasa mengambil tindakan membina fondisi yang menyambung batu itu dari bumi.
Batu Terapung Isra' Mikraj -Dari Atas-
Gambar simpanan lama Batu Terapung dari sudut atas.
Mengapa Berubah..?
Ketakutan pembesar-pembesar zaman ini samalah seperti yang dirasai oleh al-Imam Aku Bakar Ibnul ‘Arabi seperti dalam bukunya.
Maka atas itulah batu tersebut sudah tidak lagi kelihatan tergantung-gantung, tetapi ia menjadi seperti sebuah bangunan yang di bawahnya boleh dimasuki, ia kelihatan seperti sebuah batu biasa yang dapat dilihat. Wallahua’lam.
SEBARKAN: Sila copy dan paste pesanan di bawah ini bermula dari tanda ** hingga ** serta sebarkan kepada kenalan anda melalui e-mail, messenger, blog atau laman sesawang yang anda kenali bagi menyampaikan info yang benar ini kepada kenalan anda dan kenalan-kenalan mereka.

Thursday 17 March 2011

Malaikat Maut



Rupa dan bentuk malaikat maut ketika mencabut nyawa adalah berbeza berdasarkan iman seseorang

Rupanya ketika mencabut nyawa orang jahat dan kafir :



Nabi Ibrahim telah memohon kepada malaikat maut supaya memperlihatkan dirinya ketika mencabut roh orang fasik atau kafir. Kerana didesak terus-terusan’ akhirnya malaikat maut bersetuju lalu meminta Nabi Ibrahim mengalihkan wajahnya ke arah yang lain dahulu. Setelah itu, Nabi Ibrahim mengalihkan semula wajahnya kea rah malaikat maut, masya-Allah, tiba-tiba dilihatnya malaikat maut seperti seorang lelaki yang sangat hitam, dari mulutnya keluar api yang menyala dan dari hidungnya keluar asap berkepul-kepul. Nabi Ibrahim pengsan melihatnya.



Ketika mencabut nyawa orang soleh, rupa bentuknya berubah menjadi tampan dan ramah



Sifat-sifat Malaikat Maut



Perbincangan tentang malaikat yang mulia.

Adalah sebuah keharusan demi kebenaran Islam,

Mereka adalah hamba Allah yang paling beriman,

Mereka diciptakan dari nur cahaya.

Hidupnya sentiasa

Diiringi dengan zikir dan tasbih..

Dalam zikir tak ada kesedihan bagi mereka

Mereka berbaris

Mengabdi kepada Yang Maha Kuasa

Bermunajat kepada-Nya di atas maqam yang sama

Mereka suci dari nafsu dan syaitan.

Mereka t idak mendapatkan kenikmatan syurga

Juga tidak melihat Allah Yang Maha Kuasa,

Di antara mereka ada yang bertugas

Mencatat amal manusia

Ada juga yang menghafal kekayaan manusia.

Di antara mereka ada yang mengagihkan rezeki

Menjalankan perintah Allah Yang Maha Suci.

Mencatat amal sekelompok dengan keutamaan

Dalam lembaran amal yang disucikan,

Mereka terlepas dari kemungkaran,

Orang kafir wajb di neraka

Sebagai tempat peraduan.

Orang yang memenuhi lidahnya

Dengan kemaksiatan

Maka mereka mnjadi orang yang terlaknat.

Manusia melihat keutamaannya,

Dengan ilmu, kecerdasan dan kesungguhan

Atas kemulian yang ada pada hamba

Para penghuni langit ketujuh yang mulia

Rasul yang mulia berasal dari anak manusia

Manusia adalah utusan Allah yang paling utama

Janji untuk mendapatkan syurga

Hanya untuk manusia bukan Malaikat yang mulia.



Kekuatan malaikat maut

Mujahid berkata, ”Bumi dijadikan bagi Malaikat Maut seperti besen yang dapat diraihnya bila pun dia mampu, Bumi dijadikan untuknya sebagai tempat mencabut nyawa kemudian dia menggenggamnya”.(HR Abu Nu’aim).



Ibnu Abbas r.a berkata : ”Sesungguhnya malaikat mencabut nyawa memiliki belati yang panjangnya antara ufuk timur dan ufuk barat. Belati ini memutuskan nadi kehidupan.”(HR. Ibnu Asakir)



Diceritakan oleh Mu’az r.a, ”Malaikat pencabut nyawa memiliki sebuah belati yang panjangnya antara ufuk timur dan ufuk barat. Jika seorang hamba sudah datang masa ajalnya maka kepalanya dipukul dengan belati itu. Lalu, dikatakan kepada Malaikat pencabut nyawa: ”Sekarang tentera kematian ditambah kepadamu.”(HR Abu Nu’aim)



Rasulullah SAW telah bersabda :”Sesungguhnya Allah memiliki beberapa malaikat. Kalau diperintahkan kepadanya: ”telanlah tujuh langit dan tujuh bumi dengan satu suapan sahaja maka mereka mampu melakukannya. Tasbih yang sering mereka ucapkan adalah: Subhanaka haitsu kunta”.(HR ath-Thabrani)

PERINGATAN

SEKADAR PERINGATAN UNTUK DIRI DAN RAKAN SE-ISLAM SEKALIAN

Wahai orang yang lalai

Orang yang lalai hidupnya sepi dari makna
Kerana kemaksiatan selalu pada dirinya.
Mereka mengiringi hidupnya dengan main-main
Mereka lupa, dirinya akan dijemput kematian
Aku terkejut ketika melawati istananya.
Di sana kulihat ada makanan dan minuman
Yang dilarang oleh agama.

  1. Amal yang baik adalah amal yang terdiri dari dua syarat:
    1. Amal yang ikhlas kerana Allah SWT
Fikirkanlah sejenak adakah selama ini kita berbuat amal hanya untuk mendapat pujian atau kita beramal bersungguh-sungguh cuma apabila berhajatkan sesuatu....tanyalah iman masing-masing.
  1.  
    1. Amal yang sesuai dengan ajaran Rasulullah SAW
  • Memperbanyak sujud kepada Allah
Hal ini akan menyedarkan kita betapa kita lemah di sisi Tuhan Maha Pencipta Alam.Kini, kita lebih takut kepada bencana alam seperti tsunami, gempa bumi dan letupan loji nuklear berbanding Allah yang telah menetapkan dan membenarkan bencana alam itu berlaku. Ingatlah kita masih boleh bertaubat selagi pintu taubat Ar-Rahim masih terbuka luas. Taubat seorang muslim masih diterima sehingga saat ghargharah iaitu roh sudah sampai di kerongkongan ketika itu roh ditahan sejenak dan sebelum kiamat mengunjungi dunia yang merupakan pentas lakonan semata-mata.

Bersesuaian dengan hadis:
 ”Sesungguhnya Allah sentiasa menerima taubat seseorang hamba belum sampai saat ghargharah.”

Dalam sebuah hadis diriwayatkan Muslim disebutkan bahawa Rabi’ah Al-Aslami berkata kepada Rasulullah : ”Aku ingin mendampingimu di syurga”. Lalu Rasulullah bersabda: ”Kalau begitu bantulah aku memenuhi keinginanmu dengan cara memperbanyak sujud”.

Dalam sebuah hadis yang diriwayatkan Muslim disebutkan bahawa Rasulullah SAW bersabda kepada Tsauban :
”Engkau harus memperbanyak sujud kepada Allah sebab setiap kali engkau sujud kepada-Nya maka Allah mengangkat darjatmu satu darjat di sisi-Nya”.
  • Memperbanyak zikir
Allah SWT berfirman dalam surah Ar-Ra’du : 28 yang bermaksud :
”(Iaitu) orang-orang yang beriman dan tenang tenteram hati mereka dengan zikrullah. Ketahuilah dengan zikrullah itu tenang tenteramlah hati manusia”.
-         Sekiranya kita tidak yakin atau kurang pasti dengan Firman Allah tanya kembali pada diri, siapakah yang lebih mengetahui sesuatu mesin atau robot melainkan saintis yang menciptakannya....begitu juga Allah Yang Maha Mengetahui akan makhluk ciptaan utamanya iaitu manusia. Sesungguhnya bagi manusia sahaja diciptakan syurga dan neraka, tidak kepada makhluk lain dan kepada manusia sahaja dianugerahkan mahkota agung iaitu akal fikiran. Adakah kita masih tidak bersyukur sedangkan kita hanya perlu memenuhi satu perintah Allah iaitu beriman kepada-Nya.

  • Pendek angan-angan dalam kehidupan dunia
Ibnu Umar pernah berkata:”Apabila engkau berada pada waktu pagi jangan tunggu sampai petang, apabila engkau berada pada waktu petang maka jangan tunggu sampai pagi , pergunakanlah masa hidupmu sebelum datang masa matimu”.( Islam tidak menganjurkan sikap menangguh kerja dengan cuma berangan-angan) Jangan asyik berangan-angan sehingga tidak membuat persiapan menghadapi kematian.

Jadilah seperti Ar Rabi’ bin Khaitsam yang selalu menanti mati seiring dengan nafasnya. (Adakah amalan kita cukup untuk masuk ke syurga sekiranya ditakdirkan esok kiamat? Apa yang pasti selepas kematian kita pasti menuju dua tempat yang dicipta Allah iaitu syurga atau neraka.)

Diri kita umpama sangkar yang mengurungi seekor burung. Sangkar itu ialah nafsu kita, manakala burung itu adalah roh Islam atau iman yang senantiasa menanti waktu dibebaskan. Sekiranya nafsu serakah menguasai diri, kita akan sengsara sepertimana sengsaranya si burung yang tidak dapat terbang dengan bebas. Namun apabila nur Islam dalam diri kita dibebaskan , kita akan bahagia seperti mana bahagianya burung yang bebas berterbangan di udara. Berfikirlah dengan mata hati yang dipenuhi cahaya Islam bukan berfikir menggunakan akal semata-mata.

Jadilah seperti Sufyan ats-Tsauri yang apabila mencapai umur 60 tahun dia telah membeli kain kafan. Lalu dia berkata ”Hak seorang Muslim yang sudah mencecah usia 60 tahun adalah membeli kain kafan untuk dirinya”.(ini tidak membawa erti remaja bebas melakukan maksiat yang kian berleluasa seperti hubungan sejenis dan pembuangan bayi.